Thursday, June 16, 2011

Hasil Perahan

dah 3 hari consume vitamin shaklee set B inilah hasilnya..dari 2oz setiap sesi sebelum consume shaklee, akhirnya dapat 5 oz selepas consume set B shaklee..seronok rasanya..hopefully dah start kerja nnt, dapat produce lebih utk bekalan ke rumah babysitter..danish dah minum hampir 3 oz sekali minum pada usia br sebulan..kena usaha lebih skit supaya danish dpt cukup susu..kalau tak meraung dia tak cukup susu..

hasil selepas consume shaklee (selepas danish dah DF)

kepada yang berminat dgn milk booster ni, boleh la baca entry or testimoni dari link di bawah ni..kalau nak cuba, boleh beli online dari distributor web page ni..

http://babyqaireen.blogspot.com/search/label/Set%20B

inila pam elektrik yang terbaik setakat ni..yg banyak berjasa menghasilkan susu utk danish..spectra3..

Monday, June 13, 2011

RENUNGAN - AIR OH AIR!!


Renungan :
Allah jadikan sesuatu itu tidaklah sia-sia. Maka bagi mereka yang mengkaji pasti dapat melihat setiap hikmah. Allah ciptakan bumi dan dikelilingi laut yang luas. Menekankan betapa pentingnya air dalam aspek kehidupan. Bila sakit, masuk hospital doc masukkan air, bila memasak guna air, bila rumah terbakar bomba pancut air, ke...hidupan perlu air dari makanan....menunjukkan air itu sangat penting.

Berapa L sehari nak minum? Minimum 2 L sehari supaya kepekatan darah sentiasa seimbang dengan apa jua makanan yang masuk dalam badan. Minimum 3 L bagi yang amik supplement.

Air kosong adalah terbaik supaya dapat menyingkirkan toksin dari badan, menstabilkan kepekatan darah, dan melancarkan penyerapan vitamin.

Mereka yang kurang air dalam badan, antara tandanya ialah dahaga, cepat marah, melenting, tak boleh kawal perasaan...suka kritik tapi tak boleh dikritik.

Boleh kongsikan keperluan air ini dengan orang lain....terutama mereka yang tak suka minum air.

Sunday, June 12, 2011

Sesi Berpantang

Tinggal seminggu lagi berpantang..huh, bosan juga berpantang ni..Yang pasti, tanyalah semua ibu-ibu, siapalah yang syok and enjoy the confinement period?? tak boleh makan sesuka hati..hari2 makan makanan pantang..minum air akar kayu, makan jamu, pakai pilis, bertungku, bengkung etc. untuk jaga kesihatan selepas bersalin..kenalah amalkan untuk elakkan sakit di kemudian hari..set bersalin yang digunakan sepanjang berpantang ni, aku guna set bersalin alfiat..dari anak pertama guna produk ni..memang best dan selesa..

berpantang 44 hari agak lama juga rasa..bosan tak boleh nak cakaplah..biasalah kan, aku ni kan full time working woman, suka berjalan2 tak reti duduk diam, nasib baiklah ada internet connection..dapat hilangkan kebosanan..ber fb, berblogging, check emel, membaca untuk tambahkan ilmu penyusuan, cari info utk research (yg bertahun x siap2 lagi) dan update nota mengajar..:) tak rasa 44 hari tu lama sangat..:)

Friday, June 10, 2011

Don't Shake the Milk

Linda J. Smith, BSE, FACCE, IBCLC

Why not?

Because shaking expressed mothers' milk (or boiling or freezing it) denatures the shaped molecules of the protective proteins, leaving only the pieces - the amino acids - the parts. Lactoferrin, lysozyme, and other protective components work their protection magic when they are in their original shaped molecular structure. Some components remain intact, even during freezing, shaking or heating. They not only protect the gut from many kinds of infection, but also prevent inflammation of the gut lining. Even broken up, the separate amino acids are still really good stuff and are digested by the baby as nutrients.

Imagine a set of pop-beads assembled into a necklace or bracelet. When the beads are acting as a bracelet or necklace, they are doing their job as protective elements. When you break apart the beads, you have in your hand many individual chunks of amino acids which are then digested.

Cellular components are also susceptible to damage by physical stress. After all, they are living cells.
With mother's milk, you get at least two functions for the price of one. With manufactured formula, you only get the individual beads, never the necklace or bracelet. And never the living cells.

So, please handle human milk gently, respectfully and kindly. It's far more than perfect food for babies - it's a living tissue and protective shield too.

So, ibu2 jangan goncang EBM ye..Goyangkan sahaja kerana ia akan memusnahkan lapisan2 zat yg ada di dlmnya.

Cara Penyusuan Susu Ibu

  1. jika hendak memanaskan susu, letakkan di dalam bekas yang berisi air suam. JANGAN panaskan susu di atas dapur gas, api / mikro.
  2. hanya panaskan kuatiti susu yang hendak diminum untuk satu sessi penyusuan. susu ibu tidak boleh disimpan semula sebaik selepas dipanaskan.
  3. lapisan lemak susu akan terpisah daripada komponennya. goncangkan secara perlahan-lahan untuk menyatukan lemak susu dengan komponennya.
(sources : brocure hospital pantai, bangsar)

Cara Menyimpan stok EBM

PENYIMPANAN SUSU IBU YANG DIPERAH
  1. sediakan bekas yang bersih, yang bertutup menyimpan susu ibu. bekas perlu dicuci dengan air panas bersabun.
  2. ibu boleh memerah secara terus kedalam bekas tersebut.
  3. simpan hanya kuantiti susu yang diambil oleh bayi pada setiap penyusuan kedalam satu bekas.
  4. jika ibu menyimpan beberapa bekas susu di satu tempat, setiap bekas hendaklah di labelkan dengan tarikh, ibu perlu menggunakkan susu yang di perah terlebih mengikut tarikh terdahulu.
  5. simpan susu di dalam fridge.
  6. untuk proses pembekuan, tinggalkan sedikit ruang bekas tersebut.
  7. gunakan susu sebelum tempoh selamat penyimpanannya:
  • suhu luar/dlm bilik 4 jam
  • peti ais suhu sejuk biasa- 24-48jam
  • pembeku dua pintu - 2 minggu
  • pembeku sejuk pada suhu 20' selama 6 bulan
  • freezer 1 tahun
(sources : brocure hospital pantai, bangsar)

Tuesday, June 7, 2011

Danish @ 1 month

Genap hari ini danish berusia 1 bulan..sekejap je rasa..berat dia pun dah bertambah, terasa la juga bila dukung dia..2 minggu lepas timbang berat dia..4.1 kg..alhamdulillah, so far kesihatan dia ok..kuat minum juga anak aku ni..tiap 2 jam bangun untuk menyusu..letih juga la mama dia tapi takpe, janji anak sihat..





Wednesday, June 1, 2011

Milk Booster - Shaklee

Baru sampai milk booster..beli secara online..milk booster ni memang bagus untuk tambahkan susu badan..beli trial pack dulu, kalau ok, baru beli full pack..nak simpan stok susu masa dlm pantang ni..untuk persediaan bila dah mula kerja nanti..

Shaklee merupakan makanan tambahan yang lebih dikenali sebagai vitamin nama ringkasnya. Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu.

Dengan pengambilan vitamin ini ramai yang telah mencuba mengatakan susu sangat pekat dan berbeza dari sebelumnya dan mengakui kepuasan si anak dengan hanya minum sedikit dan cepat kenyang serta tidur lena..


trial pack set B shaklee

Shaklee membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, untuk meningkatkan penghasilan susuibu...3 perkara utama ini sangat penting iaitu:

1) menyusukan bayi sekerap mungkin atau bagi ibu yang bekerja buatlah sesi perahan di pejabat secara konsisten.

2) Pengambilan air bagi ibu yang menyusu perlulah seimbang. Sekurang-kurangnya 3L sehari supaya tubuh dapat menyerap semua vitamin yang kita makan dengan lebih baik.

 3) Doa mohon ALLAH berikan kemudahan dalam menyediakan susuibu, doa semoga ALLAH beri kemudahan untuk memerah ditempat kerja, doalah semoga susuibu yang terhasil itu berkat dan memberi rasa nikmat kekenyangan buat si manja tersayang.

Selain shaklee, saya amalkan minum MELILEA SOY PROTEIN..milk booster dari soya untuk tambahkan susu badan juga..alhamdulillah minum ni air susu makin bertambah..

Sunday, May 15, 2011

HeLLo WorLd!!





Name     : Muhammad Danish b. Mohd Hafiz
Sex      : Boy
Weight   : 3.7kg
Length   : 54cm
Date of birth : 7 May 2011
Time of birth : 10.30 pm

Friday, May 13, 2011

Stem Cells

Aku n hubby memilih CELLSAFE untuk penyimpanan stem cells anak kedua aku ni..

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN STEM CELLS/DARAH TALI PUSAT??

Darah tali pusat (cord blood) adalah darah yang berada dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Darah dalam tali pusat bayi adalah sumber 'stem cell' yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga kita.

Ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti talasemia, Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

So, bersiap sedia dari awal lebih baik..penyakit ni kita tak tahu bila dia akan menyerang..persediaan awal tu penting..korbankan duit sikit untuk kesihatan anak dan keluarga tak mengapa asalkan hidup bahagia..tak gitu..:)





Boleh baca info kat bawah ni:

(sources : Cellsafe International webpage)

Stem cells are the “magical” young and undifferentiated cells in the human body that can be grown into other specific cells. Stem cells can be used for treatment of some blood disorders and cancers. Stem cells unfortunately are rare and difficult to harvest from the adult body, but they are found abundantly in the baby's umbilical cord and placenta.

With the current medical technology and technique, there is already an extensive list of more than 70 various diseases that are currently treatable by stem cells therapies.

Stem cell research is making important progress and the future of stem-cell applications may possibly include organ regeneration and other cancer treatments.

With their regenerative properties, they help in repair of damaged organs, injured tissue, and cellular disorders of the blood and immune system.

Thursday, May 12, 2011

Selamat Melahirkan - Muhammad Danish

7/5/2011 - pagi tadi pergi check up kat KPJ Selangor.check up dgn Dr. Nazri Yazid, pakar O&G..baik dan sopan orangnya..kata doktor dah 'jalan' dah buka 3cm..tapi aku belum rasa sakit lagi dan tanda pun tak ada lagi..doktor kata insyallah samada malam ni atau esok bersalin..doktor kata kalau nak rest, boleh masuk ward dulu tapi aku tak nak sbb plan nak g alam sentral nak g beli laptop adik ipar..kebetulan mak& ayah mertua datang umah hari ini..

dalam pukul 2 petang dah rasa contraction..tapi tak kuat sangat..hubby kata jom la g hospital..takut dia aku ter bersalin kat umah..dah siap-siap, terus ke KPJ Selangor (sebelah umah je)..danial ikut sama tapi duduk ngn neneknya..sampai KPJ aku dibawa terus ke labour room..berdebar2 rasa..time ni dah rasa contraction kerap..my hubby teman aku kat labour room..boleh borak2 n gelak2 lagi kat labour room tapi sakit ni hanya kaum wanita je yg tau..hehe..

Dalam pukul 6 petang, 'jalan' dah buka 6cm..tapi tak rasa sakit sgt2 lagi..doktor pecah kan air ketuban time ni..doktor kata lepas isyak, insyallah deliver..

Pukul 10 mlm dah rasa sakit2 yang teramat sgt..rasa baby ni dah tak sabar nak keluar..hubby setia duduk kat tepi aku..doktor dah bersiap sedia untuk sambut baby..yg best nye doktor ni, time aku nak deliver dia pasang ayat al-Quran di hp dia sebelum dia bersiap sedia sambut baby..rasa tenang je time ni dan tak sabar nak bersalin..

Tepat pukul 10.30 malam, aku selamat melahirkan baby boy secara normal seberat 3.70kg..terkejut juga la aku, besar nya anak aku..badan aku kecil tapi baby besar..itula kuasa Allah swt..alhamdulillah syukur semuanya selamat..baby yg comel ni aku n hubby beri nama MUHAMMAD DANISH..itulah perit getir mengharungi waktu bersalin..sakitnya tak boleh nak cakap la sakitnya..rasa macam xnak dah beranak lagi..tapi bila dah bersalin n tgk muka baby, sakit tu pun hilang n rasa happy sgt..alhamdulillah..

Setelah semuanya selesai, aku dibawa ke ward..malam ni tidur di ward, insyallah esok boleh balik..aku, hubby, danial, baby dan my mom tidur di hospital..ambil single bed..selesa skit..siap ambil extra bed untuk danial tidur..:) Tq KPJ Selangor provide good facilities to us..

 siap-siap ke hospital

 dalam labour room

 my 2nd Hero - Danish




papa tengok je ke?? :)

9/5/2011 - doktor check keadaan aku selepas bersalin dan memberitahu terdapat bengkak dan kemungkinan ada darah beku terkumpul di dalam..badan aku pun agak lemah selepas bersalin..bila doktor beritahu hal tu, aku agak cemas juga rasa..doktor kata mungkin tekanan semasa melahirkan menyebabkan saluran darah pecah dan menjadi gumpalan darah beku..doktor kata tidak merbahaya cuma perlu buat operation untuk bersihkan darah beku..operation akan dilakukan keesokan harinya..hopefully everything is fine..aku berdoa kepada-Nya semoga semuanya selamat..

Esoknya aku dibawa ke OT room..takutnya rasa..aku diberi 3 injection bius separuh badan..disebabkan kena bius tu, aku x rasa apa2..so takda la rasa takut sgt..lepas 1 jam, operation selesai..alhamdulillah, semuanya OK..lepas je kena bius tu, rasa mengantuk sgt..hubby kata lama juga aku tidur lepas operation tu..hehe..

11/5/2011 - aku dibenarkan keluar dr hospital..syukur sgt semuanya dalam keadaan selamat..baby pun sihat..4 hari 3 malam juga la duduk kat hospital..huh, bosan sungguh..huhu..bermulalah hari berpantang 44 hari aku di rumah mama di shah alam..Harap2 sakit dan luka selepas bersalin ni cepat sembuh..suruh hubby pergi cari ikan haruan, boleh cepat sembuh luka..:)



Saturday, April 30, 2011

Cuti Bersalin

Hari ini dah start cuti bersalin..ambil cuti bersalin awal 2 minggu..kerja kerajaan boleh apply cuti awal 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin..due 13 may 2011..ni on the way balik ke shah alam..nak bersalin dan berpantang di shah alam..huh, penat menanda kertas exam tak habis lagi..alhamdulillah, dah siap marking semuanya..

Plan nak bersalin di KPJ Selangor..dekat dengan umah..facilities OK..harga pun standard la, hospital swasta..:)

Saturday, April 2, 2011

Tudung Maira - MAIRA COLLECTIONS



Hari ni g borong tudung kat empire, subang jaya..tudung jenama MAIRA COLLECTIONS..jenama setanding dengan ARIANI..good quality and comfortable..i love tudung maira..sekali borong sampai 1 kodi..harga boleh tahan juga dan berpatutan..beli banyak dapat harga murah..habis RM600 juga la shopping..hehe..untuk pakai sendiri..ingat nnt nak try berniaga plak..kalau rajinla..hehe..

pilih tudung yg berkenan..




Sunday, February 13, 2011

Damia

13/2/2011 - kakak ipar selamat melahirkan anak kedua di hospital KPJ Selangor..baby girl seberat 2.98kg..petang tadi hantar suria kat KLIA, kakak ipar dah warded dlm pukul 4.00ptg..tak dptla kakak ipar n my brother hantar suria ke airport..

Nama anak buah aku ni - Siti Nur Damia..semangat juga badan nya terutama sekali pipinya..hehe..Kakak mia. Siti Nur Qaisara baru 1 tahun 2 bln dah dapat adik..jadi kak long la nampaknya..hehe..sebelum aku balik ke Perak, sempat juga la tgk anak buah kat hospital..




Saturday, February 12, 2011

FLY TO AUSTRALIA

Hari ini my sister, suria akan fly to further study ke Australia..seronok je dgr kan..belajar kat overseas tapi sebenarnya penuh cabaran n perlu kuat semangat duduk dan study di negara orang..yela, culture dah berbeza..hope my sister boleh sesuaikan diri di sana..4 tahun kena survive n berdikari tanpa keluarga di sisi..ermm, berbuak2 rs hati nak sambung Phd di Australia juga..hehe..insyallah..Good Luck to Nursuriana Abu Bakar!!mana tau next year aku dpt further Phd ke sana plak..doakan ye..amin!!








Tuesday, February 1, 2011

Start Berblogging..

Salam,

My first day berblogging..hehe..hai semua..baru berjinak2 berblog la plak..saja untuk berkongsi cerita..sudila kiranya kawan2 jadi FOLLOWER ye..boleh berkongsi idea, beri komen atau sbgnya..okla, selamat berblogging semua ye..daaa...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...