Sunday, May 15, 2011

HeLLo WorLd!!





Name     : Muhammad Danish b. Mohd Hafiz
Sex      : Boy
Weight   : 3.7kg
Length   : 54cm
Date of birth : 7 May 2011
Time of birth : 10.30 pm

Friday, May 13, 2011

Stem Cells

Aku n hubby memilih CELLSAFE untuk penyimpanan stem cells anak kedua aku ni..

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN STEM CELLS/DARAH TALI PUSAT??

Darah tali pusat (cord blood) adalah darah yang berada dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong. Darah dalam tali pusat bayi adalah sumber 'stem cell' yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga kita.

Ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti talasemia, Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

So, bersiap sedia dari awal lebih baik..penyakit ni kita tak tahu bila dia akan menyerang..persediaan awal tu penting..korbankan duit sikit untuk kesihatan anak dan keluarga tak mengapa asalkan hidup bahagia..tak gitu..:)





Boleh baca info kat bawah ni:

(sources : Cellsafe International webpage)

Stem cells are the “magical” young and undifferentiated cells in the human body that can be grown into other specific cells. Stem cells can be used for treatment of some blood disorders and cancers. Stem cells unfortunately are rare and difficult to harvest from the adult body, but they are found abundantly in the baby's umbilical cord and placenta.

With the current medical technology and technique, there is already an extensive list of more than 70 various diseases that are currently treatable by stem cells therapies.

Stem cell research is making important progress and the future of stem-cell applications may possibly include organ regeneration and other cancer treatments.

With their regenerative properties, they help in repair of damaged organs, injured tissue, and cellular disorders of the blood and immune system.

Thursday, May 12, 2011

Selamat Melahirkan - Muhammad Danish

7/5/2011 - pagi tadi pergi check up kat KPJ Selangor.check up dgn Dr. Nazri Yazid, pakar O&G..baik dan sopan orangnya..kata doktor dah 'jalan' dah buka 3cm..tapi aku belum rasa sakit lagi dan tanda pun tak ada lagi..doktor kata insyallah samada malam ni atau esok bersalin..doktor kata kalau nak rest, boleh masuk ward dulu tapi aku tak nak sbb plan nak g alam sentral nak g beli laptop adik ipar..kebetulan mak& ayah mertua datang umah hari ini..

dalam pukul 2 petang dah rasa contraction..tapi tak kuat sangat..hubby kata jom la g hospital..takut dia aku ter bersalin kat umah..dah siap-siap, terus ke KPJ Selangor (sebelah umah je)..danial ikut sama tapi duduk ngn neneknya..sampai KPJ aku dibawa terus ke labour room..berdebar2 rasa..time ni dah rasa contraction kerap..my hubby teman aku kat labour room..boleh borak2 n gelak2 lagi kat labour room tapi sakit ni hanya kaum wanita je yg tau..hehe..

Dalam pukul 6 petang, 'jalan' dah buka 6cm..tapi tak rasa sakit sgt2 lagi..doktor pecah kan air ketuban time ni..doktor kata lepas isyak, insyallah deliver..

Pukul 10 mlm dah rasa sakit2 yang teramat sgt..rasa baby ni dah tak sabar nak keluar..hubby setia duduk kat tepi aku..doktor dah bersiap sedia untuk sambut baby..yg best nye doktor ni, time aku nak deliver dia pasang ayat al-Quran di hp dia sebelum dia bersiap sedia sambut baby..rasa tenang je time ni dan tak sabar nak bersalin..

Tepat pukul 10.30 malam, aku selamat melahirkan baby boy secara normal seberat 3.70kg..terkejut juga la aku, besar nya anak aku..badan aku kecil tapi baby besar..itula kuasa Allah swt..alhamdulillah syukur semuanya selamat..baby yg comel ni aku n hubby beri nama MUHAMMAD DANISH..itulah perit getir mengharungi waktu bersalin..sakitnya tak boleh nak cakap la sakitnya..rasa macam xnak dah beranak lagi..tapi bila dah bersalin n tgk muka baby, sakit tu pun hilang n rasa happy sgt..alhamdulillah..

Setelah semuanya selesai, aku dibawa ke ward..malam ni tidur di ward, insyallah esok boleh balik..aku, hubby, danial, baby dan my mom tidur di hospital..ambil single bed..selesa skit..siap ambil extra bed untuk danial tidur..:) Tq KPJ Selangor provide good facilities to us..

 siap-siap ke hospital

 dalam labour room

 my 2nd Hero - Danish




papa tengok je ke?? :)

9/5/2011 - doktor check keadaan aku selepas bersalin dan memberitahu terdapat bengkak dan kemungkinan ada darah beku terkumpul di dalam..badan aku pun agak lemah selepas bersalin..bila doktor beritahu hal tu, aku agak cemas juga rasa..doktor kata mungkin tekanan semasa melahirkan menyebabkan saluran darah pecah dan menjadi gumpalan darah beku..doktor kata tidak merbahaya cuma perlu buat operation untuk bersihkan darah beku..operation akan dilakukan keesokan harinya..hopefully everything is fine..aku berdoa kepada-Nya semoga semuanya selamat..

Esoknya aku dibawa ke OT room..takutnya rasa..aku diberi 3 injection bius separuh badan..disebabkan kena bius tu, aku x rasa apa2..so takda la rasa takut sgt..lepas 1 jam, operation selesai..alhamdulillah, semuanya OK..lepas je kena bius tu, rasa mengantuk sgt..hubby kata lama juga aku tidur lepas operation tu..hehe..

11/5/2011 - aku dibenarkan keluar dr hospital..syukur sgt semuanya dalam keadaan selamat..baby pun sihat..4 hari 3 malam juga la duduk kat hospital..huh, bosan sungguh..huhu..bermulalah hari berpantang 44 hari aku di rumah mama di shah alam..Harap2 sakit dan luka selepas bersalin ni cepat sembuh..suruh hubby pergi cari ikan haruan, boleh cepat sembuh luka..:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...